Jumaat, 31 Mei 2013

Buletin KRT:Kelebihan Pemegang Kad Keahlian Rukun Tetangga

Assalamua'alaikum & selamat sejahtera.

Pada 4 Nov 2012, kad keahlian Rukun Tetangga telah berjaya dilancarkan secara rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kad ini antara lain adalah sebagai langkah permulaan menarik minat golongan muda khasnya untuk mendaftar sebagai ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di komuniti masing-masing.


Idea JPNIN itu diharap mampu menjadi medan terbaik untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai KRT di komuniti masing-masing. Antara kelebihan yang bakal dinikmati oleh pemegang kad keahlian Rukun Tetangga ialah memperolehi diskaun di antara 10 hingga 50 peratus ditawarkan di 250 premis perniagaan di seluruh negara. Setakat ini, ianya dalam tempoh percubaan dan diuji keberkesanannya di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negeri. Kad ini hanyalah diberikan terhad kepada 25 individu di setiap KRT. 

Selangor menjadi negeri pilihan untuk diuji keberkesanannya lantaran peningkatan setiap tahun jumlah KRT berdaftar di negeri ini. Sehingga Oktober tahun ini sebanyak 746 KRT telah diwujudkan di Selangor, berbanding hanya 668 KRT sepanjang tahun lalu.

Rujukan asal: Utusan Online

Khamis, 30 Mei 2013

Senamrobik Santai 1.0

Assalamua'laikum & selamat sejahtera.

10 Mac 2013. Buat julung kalinya, pihak KRT Fasa 4 dengan kelolaan Tunas Jiran yang diketuai Encik Alphanizam telahpun berjaya mengadakan satu aktiviti senamrobik bersama warga penduduk Fasa 4.

Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi berjaya menarik minat hampir 70 orang warga Fasa 4 untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Jom kita layan gambar-gambar sekitar hari aktiviti senamrobik santai 1.0 warga Fasa 4.

Para ibu, kakak dan adik memanaskan badan sebelum aktiviti

AJK memeriksa persiapan sebelum aktiviti

Semuanya dah tak sabar untuk beraerobik

Siap sedia untuk beraerobik

Menghilangkan dahaga selepas beraerobik

Kita aerobik bersama, kita rehat pun bersama

Dari kiri: En. Aziz (Bendahari), Cikgu Azhari (Pengerusi) dan Pn. Ummi (AJK Jiran Wanita) berkongsi cerita menarik sepanjang aktiviti senamrobik

Semoga aktiviti riadah sebegini mampu diteruskan lagi dengan melibatkan lebih ramai warga Fasa 4. Impian kita hanya satu, untuk mengharmonikan warga Fasa 4 walaupun kita berlainan bangsa, agama dan budaya.

Sehingga bertemu lagi dalam Senamrobik Santai 2.0. InsyaAllah.

"Badan Sihat, Komuniti Hebat"

Mesyuarat Khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. 

29 Mei 2013. Bertempat di Pusat Kawalan Rukun Tetangga Fasa 4, satu mesyuarat khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 tahun telah pun berjaya diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi KRT Fasa 4, Cikgu Azhari yang memberi ingatan kepada ahli jawatankuasa tentang peri pentingnya menjaga perpaduan dan keharmonian bermasyarakat. 

Pembentangan idea asal Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 (PPBSB-12) tahun disampaikan oleh En. Hisyam. Antara misi utama penubuhan skuad bola sepak Bawah 12 tahun ialah memupuk dan merapatkan perpaduan, silaturrahim dan kerjasama antara generasi pelapis kejiranan Fasa 4 dengan Komuniti KRT. 

Selain itu, 4 ojektif utama yang disasarkan melalui PPBSB-12 ini ialah seperti berikut; 

  1. Melibatkan mereka dalam aktiviti- aktiviti anjuran KRT. 
  2. Menghindar remaja daripada membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah serta melahirkan generasi berjiwa kental dan tolenrasi.
  3. Melahirkan generasi pelapis kepimpinan yang sihat serta cergas dan aktif. 
  4. Akhir sekali untuk menyemai sifat-sifat murni dalam jiwa para remaja dalam menjalani kehidupan harian. 
AJK KRT Fasa 4 berbincang penuh minat
PPBSB-12 ini telah diberikan persetujuan dan sokongan penuh oleh ahli mesyuarat dan mesyuarat akan menyediakan peruntukan khas kepada skuad bola sepak KRT Fasa 4 untuk melicinkan dan menjayakan program ini.

Nama khas pasukan bola sepak ini dan penyerahan jersi pasukan, inshaAllah bakal diadakan pada 8 Jun 2013.

Jangan lupa, berikan sokongan anda kepada pasukan bola sepak Bawah 12 tahun dan nantikan ngauman Harimau Muda kita!

"Anak Kita, Kebanggaan Bersama"

Sejarah Penubuhan Rukun Tetangga Fasa 4

Sejarah Penubuhan Rukun Tetangga Fasa 4

26 Jun 2010. Hari ini dalam sejarah satelah lebih dari 25 tahun terbangunnya Kawasan Perumahan Fasa 4 Taman Seri Gombak dengan idea penduduk setempat pada hari ini 26 Jun 2010, maka pada hari ini tertubuhlah "PERSATUAN RUKUN TETANGGA FASA 4" dengan rasminya.

Banner jemputan penubuhan KRT Fasa 4



Menyelurusuri Fakta Rukun Tetangga


 

GAMBAR KENANGAN SEMASA HARI PERASMIAN PERSATUAN RUKUN TETANGGA FASA 4 TAMAN SERI GOMBAK
Penduduk Fasa 4 mendaftar diri kedatangan Perasmian
Rukun Tetangga Fasa 4

Penduduk berbaris mendaftarkan diri sebagai tanda sokongan.
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk.
Kehadiran penduduk dianggarkan 250 orang.

AJK penganjur telah menyediakan dua buah khemah
untuk penduduk-penduduk yang hadir

Sebahagian penduduk Fasa 4 yang hadir.

Tak kurang kaum wanita juga memberi sokongan, hadir
dalam majlis ini.
Ucapan daripada Pengerusi AJK Persatuan Rukun Tetangga Fasa 4
bersempena dengan Majlis Perasmian tersebut.
Pegawai Polis dari Balai Polis Gombak yang dipertanggungjawab
menjaga kawasan Taman Seri Gombak.
Ucapan daripada Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
 En. Magedran a/l Muniandy yang merasmikan  Persatuan Rukun Tetangga Fasa 4
Sebahagian daripada AJK KRT Fasa 4

Pelbagai kaum hadir tanda memberi sokongan dan sambutan
yang membanggakan.

Percampuran sosial diantara kaum semakin erat.

AJK KRT Fasa 4 di Majlis Perasmian Penubuhan RT Fasa 4