Khamis, 30 Mei 2013

Mesyuarat Khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. 

29 Mei 2013. Bertempat di Pusat Kawalan Rukun Tetangga Fasa 4, satu mesyuarat khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 tahun telah pun berjaya diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi KRT Fasa 4, Cikgu Azhari yang memberi ingatan kepada ahli jawatankuasa tentang peri pentingnya menjaga perpaduan dan keharmonian bermasyarakat. 

Pembentangan idea asal Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 (PPBSB-12) tahun disampaikan oleh En. Hisyam. Antara misi utama penubuhan skuad bola sepak Bawah 12 tahun ialah memupuk dan merapatkan perpaduan, silaturrahim dan kerjasama antara generasi pelapis kejiranan Fasa 4 dengan Komuniti KRT. 

Selain itu, 4 ojektif utama yang disasarkan melalui PPBSB-12 ini ialah seperti berikut; 

  1. Melibatkan mereka dalam aktiviti- aktiviti anjuran KRT. 
  2. Menghindar remaja daripada membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah serta melahirkan generasi berjiwa kental dan tolenrasi.
  3. Melahirkan generasi pelapis kepimpinan yang sihat serta cergas dan aktif. 
  4. Akhir sekali untuk menyemai sifat-sifat murni dalam jiwa para remaja dalam menjalani kehidupan harian. 
AJK KRT Fasa 4 berbincang penuh minat
PPBSB-12 ini telah diberikan persetujuan dan sokongan penuh oleh ahli mesyuarat dan mesyuarat akan menyediakan peruntukan khas kepada skuad bola sepak KRT Fasa 4 untuk melicinkan dan menjayakan program ini.

Nama khas pasukan bola sepak ini dan penyerahan jersi pasukan, inshaAllah bakal diadakan pada 8 Jun 2013.

Jangan lupa, berikan sokongan anda kepada pasukan bola sepak Bawah 12 tahun dan nantikan ngauman Harimau Muda kita!

"Anak Kita, Kebanggaan Bersama"

0 ulasan:

Catat Ulasan