Jumaat, 31 Mei 2013

Buletin KRT:Kelebihan Pemegang Kad Keahlian Rukun Tetangga

Assalamua'alaikum & selamat sejahtera.

Pada 4 Nov 2012, kad keahlian Rukun Tetangga telah berjaya dilancarkan secara rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kad ini antara lain adalah sebagai langkah permulaan menarik minat golongan muda khasnya untuk mendaftar sebagai ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di komuniti masing-masing.


Idea JPNIN itu diharap mampu menjadi medan terbaik untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai KRT di komuniti masing-masing. Antara kelebihan yang bakal dinikmati oleh pemegang kad keahlian Rukun Tetangga ialah memperolehi diskaun di antara 10 hingga 50 peratus ditawarkan di 250 premis perniagaan di seluruh negara. Setakat ini, ianya dalam tempoh percubaan dan diuji keberkesanannya di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negeri. Kad ini hanyalah diberikan terhad kepada 25 individu di setiap KRT. 

Selangor menjadi negeri pilihan untuk diuji keberkesanannya lantaran peningkatan setiap tahun jumlah KRT berdaftar di negeri ini. Sehingga Oktober tahun ini sebanyak 746 KRT telah diwujudkan di Selangor, berbanding hanya 668 KRT sepanjang tahun lalu.

Rujukan asal: Utusan Online

0 ulasan:

Catat Ulasan