Khamis, 20 Jun 2013

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bola Sepak Fasa 4

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera.

8 Jun 2013. Tarikh keramat ini menyaksikan satu lagi program jangka panjang anjuran KRT Fasa 4 berjaya dilancarkan secara rasminya. Bermatlamatkan memupuk perpaduan, merapatkan silaturrahim dan melahirkan semangat kerjasama antara generasi pelapis dengan masyarakat setempat seterusnya diharap mampu melahirkan anak muda yang berjiwa kental dan memiliki sifat-sifat murni dalam diri dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin mencabar.



cikgu azhari pengerusi krt fasa 4 taman seri gombak
Majlis ini bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KRT Fasa 4, Cikgu Azhari yang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga yang memberi sokongan kepada program seumpama ini. Beliau juga sempat melahirkan kegembiraan dan bangga dengan semangat anak-anak generasi pelapis yang menunjukkan minat dan toleransi yang tinggi serta kerjasama dalam menjayakan misi murni program ini.

Seterusnya, beliau melancarkan Program Pembangunan Bola Sepak Tunas Muda KRT Fasa 4 dengan rasminya juga melancarkan kelab bola sepak KRT Fasa 4 iaitu F4FC (Fasa 4 Football Club).

jurulatih bola sepak F4FC krt fasa 4
Menurut jurulatih F4FC Encik Hisyam, penerimaan dan penglibatan peserta program cukup menggalakkan. Setakat ini, F4FC telah pun berjaya menarik minat hampir 20 orang pemain bawah 12 tahun.

Encik Hisyam yang mewakili kelab F4FC turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa/penjaga dan KRT Fasa 4 yang memberikan bantuan dan sokongan dalam merealisasikan agenda melahirkan pemain bola sepak yang mungkin satu hari nanti bakal menggegar arena bola sepak Malaysia.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran 

ajk krt fasa 4 taman seri gombak 2013
Pemain F4FC diperkenalkan kepada AJK KRT Fasa 4
ajk krt fasa 4 taman seri gombak
Semuanya bersemangat waja!

pemain F4FC krt fasa 4
Aksi pemanas badan pemain F4FC

jiran wanita krt fasa 4 taman seri gombak
Jiran Wanita turut membantu kelancaran majlis. Terima kasih.

para ibubapa penjaga krt fasa 4
Antara ibubapa/penjaga yang hadir memberi sokongan

ibubapa krt fasa 4 yang sporting
Sebahagian bapa yang hadir tersenyum melihat aksi anak-anak

Selamat berjaya kepada seluruh kem F4FC! Semoga bakal lahir pemain sehebat lagenda bola sepak Malaysia seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan Soh Chin Aun!

"Anak Kita, Kebanggaan Bersama"

0 ulasan:

Catat Ulasan