Jumaat, 23 Ogos 2013

Mesyuarat Khas Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Satu mesyuarat khas telah berjaya diadakan pada 16 Ogos 2013 bertempat di Pondok Kawalan KRT Fasa 4. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 malam telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Fasa 4, Cikgu Azhari.

Mesyuarat ini hanya bertumpu kepada hal-hal sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mesyuarat akhirnya membuat keputusan untuk mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;
  • Tarikh: 24 Ogos 2013
  • Waktu: 8.30 malam
  • Tempat: Pondok Kawalan KRT Fasa 4


Sehubungan dengan itu, semua AJK telah pun diberikan tugasan masing-masing untuk melancarkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2013, Fasa 4 ini.

Satu lagi mesyuarat persediaan terakhir majlis akan diadakan pada 23 Ogos 2013, jam 9.00 malam bertempat di Pondok Kawalan.

Khamis, 20 Jun 2013

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Bola Sepak Fasa 4

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera.

8 Jun 2013. Tarikh keramat ini menyaksikan satu lagi program jangka panjang anjuran KRT Fasa 4 berjaya dilancarkan secara rasminya. Bermatlamatkan memupuk perpaduan, merapatkan silaturrahim dan melahirkan semangat kerjasama antara generasi pelapis dengan masyarakat setempat seterusnya diharap mampu melahirkan anak muda yang berjiwa kental dan memiliki sifat-sifat murni dalam diri dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin mencabar.

Jumaat, 31 Mei 2013

Buletin KRT:Kelebihan Pemegang Kad Keahlian Rukun Tetangga

Assalamua'alaikum & selamat sejahtera.

Pada 4 Nov 2012, kad keahlian Rukun Tetangga telah berjaya dilancarkan secara rasminya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kad ini antara lain adalah sebagai langkah permulaan menarik minat golongan muda khasnya untuk mendaftar sebagai ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di komuniti masing-masing.


Idea JPNIN itu diharap mampu menjadi medan terbaik untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai KRT di komuniti masing-masing. Antara kelebihan yang bakal dinikmati oleh pemegang kad keahlian Rukun Tetangga ialah memperolehi diskaun di antara 10 hingga 50 peratus ditawarkan di 250 premis perniagaan di seluruh negara. Setakat ini, ianya dalam tempoh percubaan dan diuji keberkesanannya di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negeri. Kad ini hanyalah diberikan terhad kepada 25 individu di setiap KRT. 

Selangor menjadi negeri pilihan untuk diuji keberkesanannya lantaran peningkatan setiap tahun jumlah KRT berdaftar di negeri ini. Sehingga Oktober tahun ini sebanyak 746 KRT telah diwujudkan di Selangor, berbanding hanya 668 KRT sepanjang tahun lalu.

Rujukan asal: Utusan Online

Khamis, 30 Mei 2013

Senamrobik Santai 1.0

Assalamua'laikum & selamat sejahtera.

10 Mac 2013. Buat julung kalinya, pihak KRT Fasa 4 dengan kelolaan Tunas Jiran yang diketuai Encik Alphanizam telahpun berjaya mengadakan satu aktiviti senamrobik bersama warga penduduk Fasa 4.

Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi berjaya menarik minat hampir 70 orang warga Fasa 4 untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Jom kita layan gambar-gambar sekitar hari aktiviti senamrobik santai 1.0 warga Fasa 4.

Para ibu, kakak dan adik memanaskan badan sebelum aktiviti

AJK memeriksa persiapan sebelum aktiviti

Semuanya dah tak sabar untuk beraerobik

Siap sedia untuk beraerobik

Menghilangkan dahaga selepas beraerobik

Kita aerobik bersama, kita rehat pun bersama

Dari kiri: En. Aziz (Bendahari), Cikgu Azhari (Pengerusi) dan Pn. Ummi (AJK Jiran Wanita) berkongsi cerita menarik sepanjang aktiviti senamrobik

Semoga aktiviti riadah sebegini mampu diteruskan lagi dengan melibatkan lebih ramai warga Fasa 4. Impian kita hanya satu, untuk mengharmonikan warga Fasa 4 walaupun kita berlainan bangsa, agama dan budaya.

Sehingga bertemu lagi dalam Senamrobik Santai 2.0. InsyaAllah.

"Badan Sihat, Komuniti Hebat"

Mesyuarat Khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 Tahun

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. 

29 Mei 2013. Bertempat di Pusat Kawalan Rukun Tetangga Fasa 4, satu mesyuarat khas Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 tahun telah pun berjaya diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi KRT Fasa 4, Cikgu Azhari yang memberi ingatan kepada ahli jawatankuasa tentang peri pentingnya menjaga perpaduan dan keharmonian bermasyarakat. 

Pembentangan idea asal Program Pembangunan Bola Sepak Bawah 12 (PPBSB-12) tahun disampaikan oleh En. Hisyam. Antara misi utama penubuhan skuad bola sepak Bawah 12 tahun ialah memupuk dan merapatkan perpaduan, silaturrahim dan kerjasama antara generasi pelapis kejiranan Fasa 4 dengan Komuniti KRT. 

Selain itu, 4 ojektif utama yang disasarkan melalui PPBSB-12 ini ialah seperti berikut; 

  1. Melibatkan mereka dalam aktiviti- aktiviti anjuran KRT. 
  2. Menghindar remaja daripada membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah serta melahirkan generasi berjiwa kental dan tolenrasi.
  3. Melahirkan generasi pelapis kepimpinan yang sihat serta cergas dan aktif. 
  4. Akhir sekali untuk menyemai sifat-sifat murni dalam jiwa para remaja dalam menjalani kehidupan harian. 
AJK KRT Fasa 4 berbincang penuh minat
PPBSB-12 ini telah diberikan persetujuan dan sokongan penuh oleh ahli mesyuarat dan mesyuarat akan menyediakan peruntukan khas kepada skuad bola sepak KRT Fasa 4 untuk melicinkan dan menjayakan program ini.

Nama khas pasukan bola sepak ini dan penyerahan jersi pasukan, inshaAllah bakal diadakan pada 8 Jun 2013.

Jangan lupa, berikan sokongan anda kepada pasukan bola sepak Bawah 12 tahun dan nantikan ngauman Harimau Muda kita!

"Anak Kita, Kebanggaan Bersama"